Microsoft Office – Words & Advokasi
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2020 iaitu pada sebelah petang, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Pelajar diajar tentang Topik 1 iaitu pengenalan kepada Words. Dalam topik ini, pelajar diajar cara untuk memula Word, mengenali skrin Word seperti Bar tajuk, Bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan teks, memasukkan teks, menaip dan menyimpan dokumen. Mereka turut diajar mengenai Topik 2 iaitu cara untuk menyunting teks/dokumen dan memilih teks.
Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: