Kelas Softskill – Membuat Resume
18 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2020, seorang pencari pekerjaan telah datang ke Pusat Internet Melugu dengan mengambil peluang untuk belajar ICT. Pada tarikh tersebut, beliau telah belajar cara untuk membuat resume bagi permohonan pekerjaan dengan menggunakan Microsoft Office – Words. Beliau turut dijelaskan mengenai format resume yang ringkas dan padat untuk memudahkan majikan membaca maklumat dirinya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: