Kelas Microsoft Office – Publisher dan Advokasi

13 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan Microsoft Publisher dan mendidik mereka dengan keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta yang hadir telah membuka Publisher dimana mereka diterangkan dengan alatan-alatan yang terdapat dalam Publisher. Publisher adalah berbeza dengan Words dan Powerpoint yang telah dipelajari selama ini kerana ia mempunyai pelbagai template yang berfungsi untuk penerbitan majalah, brosur, kad ucapan dan lain-lain lagi.

Untuk kelas kali ini, mereka digalakkan untuk mencipta kad ucapan Selamat Hari Lahir menggunakan template kad ucapan iaitu 4 bahagian kertas dan menu menggunakan template catalog iaitu 2 bahagian kertas bersaiz A4. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan advokasi identiti palsu dimana mereka diingatkan supaya tidak menjadi mangsa penipuan atas talian yang berkomunikasi dengan mereka menggunakan identity palsu. Peserta turut dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan kawal selia kendiri ketika melayari internet. Dalam segmen Check Your Label, peserta digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan serta melalui label MCMC pada peralatan elektronik mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali