Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi

12 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 September 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Office dalam kalangan peserta dan mendedahkan mereka dengan advokasi. Dalam kelas ini, peserta yang hadir telah diminta untuk membuka Powerpoint di menu Start di skrin komputer. Mereka disarankan untuk memahami kegunaan setiap alatan dalam Microsoft Powerpoint sebagai ulangkaji terhadap pembelajaran pada masa lepas.

Kemudian, peserta digalakkan menggunakan alatan-alatan berkenaan untuk membuat slide pembentangan yang bertajuk “Blog”. Di samping itu, mereka turut dididik dengan advokasi iaitu jenayah siber yang merangkumi penipuan atas talian, pengubahsuaian data komputer, pengintipan, judi siber dan penggodaman. Peserta diingatkan supaya tidak menjadi jenayah siber dengan mengamalkan kawal selia kendiri ketika melayari internet. Peserta juga didedahkan dengan Check Your Label dan digalakkan untuk memeriksa kesahihan maklumat di internet dengan melayari portal Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali