Kelas Microsoft Office – Powerpoint dan Advokasi

7 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 September 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Powerpoint dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran penggunaan Microsoft Office dalam kalangan peserta dan mendedahkan mereka dengan advokasi. Peserta yang hadir telah diminta untuk membuka Powerpoint di menu Start di skrin komputer. Kemudian, mereka diterangkan mengenai alatan-alatan dan fungsi setiap alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint. Alatan-alatan ini melibatkan bar menu, bar alatan standard, bar pemformatan, pembaris dan kawasan slide. Setiap alatan ini mengandungi fungsi yang berbeza mengikut kesesuaian penggunaan Microsoft Office Powerpoint.

Peserta telah diterangkan bahawa terdapat perbezaan antara Words dan Powerpoint dimana penggunaan Powerpoint bertujuan untuk memberi persembahan atau penerangan kepada orang lain dengan pertambahan ciri-ciri menarik. Mereka turut diminta untuk membuat latihan berdasarkan panduan yang dipaparkan untuk menguji pemahaman mereka dalam penggunaan Microsoft Office Powerpoint mengikut kreativiti masing-masing. Di samping itu, mereka turut dididik dengan advokasi iaitu online grooming yang merangkumi maksud online grooming, tujuan, contoh aplikasi yang digunakan untuk online grooming, panduan bagi ibu bapa/penjaga dan langkah untuk menangani gejala online grooming. Peserta juga didedahkan dengan Check Your Label dan digalakkan untuk memeriksa kesahihan maklumat di internet dengan melayari portal Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali