Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

19 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Oktober 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih dan menguji tahap kefahaman peserta kelas menggunakan Microsoft Powerpoint serta untuk mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan Powerpoint yang telah dibuat dalam kelas sebelum ini sehingga selesai. Peserta yang telah menyiapkan latihan digalakkan untuk menyimpan dan menyalin slide mereka ke dalam pendrive untuk ditayangkan di smartboard PI.

Peserta turut dijelaskan mengenai pengantunan dalam talian atau online grooming iaitu merupakan perbuatan memujuk atau mengumpan kanak-kanak melakukan aktiviti jenayah mengikut kehendak pengantun (pelaku) kanak-kanak. Peserta kelas diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan melaporkan kepada ibubapa atau pihak yang lebih dewasa sekiranya mempunyai keraguan terhadap rakan-rakan di alam maya. Di samping itu, peserta juga digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita yang terdapat di media massa sama ada benar atau palsu dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my sebelum menyebarkan berita berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali