Kelas Website – Media Sosial & Advokasi

13 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas website iaitu media sosial dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan tentang pelbagai jenis media sosial yang digunakan pada masa kini dan mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang maksud media sosial, jenis-jenis media sosial, kebaikan dan keburukan penggunaan media sosial.

Pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali