Kelas Multimedia – Video & Advokasi

25 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan yang telah dibuat pada masa lepas sehingga selesai.

Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan maklumat palsu iaitu maksud maklumat palsu, kesan penyebaran maklumat palsu dan cara untuk memastikan sesebuah maklumat adalah sahih. Mereka juga digalakkan untuk memeriksa label SKMM yang terdapat dalam pembelian barangan komunikasi untuk memastikan peralatan berkenaan adalah sahih dan selamat untuk digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali