Kelas Multimedia – Video & Advokasi

20 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk log in ke akaun Powtoon yang telah dicipta semasa kelas yang lepas dan memilih blank canvas bertemakan kartun (cartoon) memandangkan tema tersebut lebih mudah untuk digunakan.

Peserta telah diberikan salinan video yang telah dihasilkan oleh PI Melugu sebelum ini berkaitan dengan Pengurusan Maklumat Mengenai Covid 19. Mereka dikehendaki untuk menghasilkan isi (content) video yang sama tetapi mengikut kreativiti masing-masing supaya dapat menguji pemahaman peserta menggunakan elemen dalam Powtoon. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan perlindungan kanak-kanak yang merujuk kepada strategi dan aktiviti untuk mencegah dan bertindak balas terhadap pengabaian, penderaan, keganasan dan eksploitasi kanak-kanak. Mereka diterangkan tentang advokasi iaitu untuk memastikan mereka melaporkan kes-kes pengabaian, penderaan, keganasan dan ekploitasi terhadap kanak-kanak kepada pihak berkuasa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali