Kelas Multimedia – Video & Advokasi

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan advokasi. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta digalakkan untuk mencipta akaun Powtoon samaada menggunakan akaun Google, Facebook, Office 365 atau LinkedIn. Selepas mencipta akaun Powtoon, mereka disarankan untuk log in dan mengingati kata laluan akaun Powtoon bagi memudahkan mereka untuk mengedit Powtoon pada bila-bila masa.

Untuk permulaan, peserta diminta memilih Blank Powtoon dan mengikut tema yang dikehendaki. Sebuah canvas kosong akan terpapar di skrin dan tema yang dipilih dapat dilihat pada sebelah kanan atas Powtoon Studio. Aset yang terdiri daripada pemandangan (scenes), latar belakang ( background), watak (characters), alat peraga (props), bentuk (shapes), gambar (images), video dan suara (sound) merupakan elemen-elemen yang menghasilkan sesebuah jalan cerita dalam Powtoon.

Selain itu, mereka turut dijelaskan mengenai tetapan yang terdapat dalam sesebuah elemen dimana ia dapat diubah mengikut kreativiti seseorang pengguna. Peserta kelas diingatkan untuk menghasilkan video Powtoon yang mempunyai durasi tidak lebih daripada 3 minit mengikut garis masa (timeline) yang terdapat pada bahagian bawah Powtoon Studio. Tambahan pula, peserta kelas didedahkan dengan definisi jenayah siber, kategori jenayah siber, modus operandi jenayah siber, dan cara untuk mencegah diri daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali