Kelas Multimedia – Video & Advokasi

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan dengan Powtoon iaitu sebuah laman web untuk mengedit dan menghasilkan video untuk penyampaian maklumat/persembahan secara berkesan selain penggunaan Microsoft Powerpoint.

Powtoon merupakan sebuah perisian animasi percuma yang membenarkan pengguna menghasilkan persembahan animasi secara cepat dan mudah dengan memasukkan objek, gambar yang diimport, music dan suara yang direkodkan. Peserta juga dijelaskan mengenai pelbagai template dan tema yang terdapat dalam Powtoon mengikut kegunaan video yang ingin mereka hasilkan. Penggunaan template dalam Powtoon terbahagi kepada bekerja (work), pendidikan (education) dan peribadi (personal) yang telah tersedia untuk kegunaan pengguna.

Penggunaan tema pula terbahagi kepada modern edge, whiteboard, cartoon, infographic dan real yang mempunyai perbezaan dari segi scenes dan characters. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu identiti palsu yang merupakan istilah untuk merujuk kepada semua jenis jenayah dimana seseorang memperolehi maklumat orang lain dan menyalahgunakannya. Mereka dijelaskan mengenai bahaya kecurian identiti, tanda amaran menjadi mangsa kecurian identiti, jenis kecurian identiti dan langkah-langkah untuk mencegah daripada menjadi mangsa kecurian identiti. Tambahan pula, peserta juga dijelaskan mengenai Check Your Label dan Sebenernya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali