Kelas Multimedia – Video & Advokasi

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan yang telah dibuat pada masa lepas sehingga selesai.

Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan advokasi kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Mereka digalakkan untuk menerapkan nilai positif iaitu beringat bila bercakap dimana pengguna internet yang bijak tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar. Mereka turut digalakkan untuk membuka portal sebenarnya.my untuk memeriksa kesahihan sesuatu maklumat di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali