Kelas Multimedia – Video & Advokasi
17 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Ogos 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan advokasi kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan yang telah dibuat pada masa lepas sehingga selesai.
Tambahan pula, peserta juga ditekankan agar bijak menilai sesuatu maklumat yang diterima adalah benar atau tidak dengan berfikir dahulu sebelum berkata-kata agar tiada penyesalan di kemudian hari. Mereka digalakkan untuk merujuk portal sebenarnya.my untuk memeriksa kesahihan sesuatu maklumat di media sosial sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Selain itu, peserta kelas turut didedahkan dengan risiko dalam talian yang merangkumi keganasan siber, penipuan kewangan, ketagihan, terlebih kongsi maklumat (oversharing) dan perjudian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: