Kelas Multimedia – Video & Advokasi

15 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan laman web Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuat video pengiklanan dalam mempromosikan sesuatu produk. Mereka bebas untuk memilih apa sahaja produk yang ingin dipromosikan menggunakan blank canvas dengan tema whiteboard. Tema whiteboard dalam Powtoon sesuai digunakan untuk meringkaskan maklumat atau idea yang kompleks kepada penerima maklumat.

Selain itu, peserta kelas juga didedahkan dengan mengenai hak dan tanggungjawab warga digital. Setiap warga digital mempunyai tanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diterima dan disampaikan adalah tepat dan benar tanpa ada sebarang penyebaran maklumat palsu. Hak dan tanggungjawab digital merangkumi akta berkaitan dan pihak yang bertanggungjawab, ciri-ciri dan senarai jenayah siber seta pendedahan kepada pengguna berkaitan dengan kepentingan dan keselamatan kata laluan. Di samping itu, peserta turut digalakkan untuk memastikan peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diminta untuk melayari laman web Sebenarnya.my untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang terdapat dalam media sosial adalah benar atau tidak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali