Kelas Multimedia – Video & Advokasi

3 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Ogos 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuat video hari jadi menggunakan blank canvas dengan tema modern edge look. Modern edge look berbeza daripada tema kartun yang telah digunakan sebelum ini dari segi scene yang lebih memfokuskan untuk kegunaan professional.

Namun, tema ini juga sesuai digunakan untuk membuat video yang bersifat santai seperti video hari jadi. Selain itu, peserta kelas juga didedahkan dengan advokasi kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong iaitu bercakap benar. Mereka bebas untuk meluahkan pandangan asalkan ia tidak berdasarkan fitnah atau maklumat yang tidak benar. Peserta turut digalakkan untuk memastikan peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standard-standard yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali