Program Kursus kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Seni Tangan – Kraftangan Kreatif Parlimen Sri Aman

17 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Oktober 2020 (Jumaat) yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Program Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) dengan kerjasama daripada Unit Pendidikan Kemahiran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sri Aman. Program ini disertai oleh kaum-kaum ibu di sekitar Melugu yang berminat untuk menjadikan kemahiran kraftangan mereka sebagai sumber pendapatan sampingan.

Kursus ini merupakan kesinambungan daripada kursus yang telah diadakan pada hari sebelumnya dimana peserta menyambung semula tugasan membuat tote bag dan menghias kotak tisu daripada kain felt. Selain itu, staff KEMAS juga menunjukkan demostrasi membuat apron daripada kain jeans menggunakan mesin jahit elektrik. Tote bag dan kotak tisu yang telah siap dihias kemudiannya diletakkan di atas meja khas untuk dipamerkan. Program ini diteruskan dengan sesi rumusan dan penilaian oleh staff KEMAS dan peserta kursus. Di samping itu, majlis penutupan Kursus Kemahiran Jangka Pendek (KKJP) Jahitan diserikan lagi dengan kehadiran Pn. Marinda anak Steward Thaim sebagai pemangku Pegawai Kemas Bahagian Sri Aman. Program diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar bersama para peserta kursus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali