Kelas E-learning – Interland (Google Be Internet Awesome) dan Uptoten

19 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2020 iaitu pada sebelah pagi, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas E-learning iaitu Interland dan Uptoten. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik pelajar dengan keselamatan internet melalui permainan maya dan untuk memperkenalkan permainan Uptoten kepada para peserta. Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuka laman web Interland.

Permainan ini merupakan permainan maya berbentuk pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik. Permainan ini juga turut membantu pelajar dalam mengenal pasti maklumat yang dapat atau tidak dapat dikongsi dalam media sosial. Selain itu, pelajar digalakkan untuk mencuba segala jenis permainan yang terdapat dalam laman web ini seperti puzzle, lagu kanak-kanak, mewarna gambar, memadankan gambar, mencari perbezaan antara 2 gambar , dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali