Kelas E-learning – Education Games & Advokasi

19 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 September 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas E-learning iaitu Uptoten dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk menerangkan tentang permainan yang dapat menguji minda pelajar dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet. Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuka laman web Uptoten yang dikhaskan untuk pelajar sekolah rendah. Uptoten mempunyai pelbagai bahagian untuk pembelajaran seperti nyanyian (song), mewarna (coloring), kartun, persembahan (presentation), koordinasi (coordination dan sebagainya untuk merangsang perkembangan minda pelajar. Pelajar diminta untuk bermain setiap bahagian yang terdapat dalam Uptoten.

Selain itu, para peserta kelas telah diterangkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Peserta turut dididik supaya menggunakan internet secara berhemah dengan mengamalkan nilai-nilai murni seperti bercakap benar dan beringat bila bercakap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali