Kelas E-learning – Education Games dan Advokasi
5 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 September 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas E-learning iaitu Education Games dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengalakkan dan mendidik peserta dengan keselamatan internet melalui permainan maya. Dalam kelas ini, pelajar diminta untuk membuka laman web Interland. Permainan ini merupakan permainan maya berbentuk pengembaraan yang membolehkan pelajar mempelajari tentang keselamatan digital dimana mereka memerangi penggodam dan pembuli cyber dengan memahami kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pengguna digital yang baik.
Permainan ini juga turut membantu pelajar dalam mengenal pasti maklumat yang dapat atau tidak dapat dikongsi dalam media sosial. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu panggilan palsu yang merupakan penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon pengguna lain. Peserta kelas disarankan untuk mengenalpasti ciri-ciri panggilan palsu dan tindakan yang perlu dilakukan jika mendapat panggilan palsu. Mereka juga dididik dengan Periksa Label Anda (Check Your Label) dan digalakkan untuk melayari portal Sebenarnya.my untuk memeriksa kesahihan maklumat atau berita yang disampaikan dalam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: