Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengadakan Bengkel MIV Bersama Komuniti secara online di pusat-pusat internet seluruh Malaysia. Pusat Internet Melugu turut mengambil bahagian dalam program ini dengan penyertaan seramai 4 orang sukarelawan.

Program Sukarelawan ICT Malaysia ini merupakan satu platform yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjadi warga digital, menyokong aspirasi negara menjadi negara digital (digital nation) dan pada masa yang sama menyokong inisiatif transformasi digital di Malaysia. Selain itu, program ini juga dapat menyebarkan kempen “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” yang mendidik pengguna internet supaya sentiasa bercakap benar, bijak menilai, beringat bila bercakap dan luahkan pendapat berdasarkan pendapat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali