Kelas Multimedia – Video & Advokasi

8 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 November 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video dan Advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar mencipta slide pembentangan menggunakan video dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Powtoon dan membuat video menggunakan template hari jadi dengan tema real look. Tema ini berbeza dengan tema-tema yang telah digunakan sebelum ini dari segi scene dimana ia lebih memfokuskan kepada elemen-elemen yang bersifat sebenar daripada elemen kartun. Namun, pengguna juga boleh menggunakan elemen kartun untuk membuat video mereka lebih menarik. Peserta telah membuat ulangkaji tentang ciri-ciri yang terdapat dalam Powtoon seperti template, tema, garis masa (timeline), tetapan (setting) dan elemen-elemen yang lain. Mereka diminta untuk menghasilkan video hari jadi yang ringkas dan menarik berdasarkan kreativiti mereka sendiri.

Di samping itu, peserta kelas juga telah didedahkan dengan advokasi pengantunan dalam talian yang merujuk kepada pemangsa bermesra dengan kanak-kanak atau mereka yang masih muda untuk tujuan jenayah termasuk seksual. Peserta disaran dan diingatkan agar tidak menjadi mangsa pengantunan dengan mengamalkan kawalan kendiri semasa menggunakan talian internet. Mereka juga digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesuatu berita di media dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali