Microsoft Office – Excel & Advokasi
7 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mac 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.
Pelajar diajar tentang Topik 8 iaitu cara untuk menapis rekod menggunakan Autofilter untuk mendapatkan senarai yang diingini daripada keseluruhan data. Mereka diminta membuat latihan pemahaman selepas topik berkenaan. Selain itu, mereka turut diajar mengenai Topik 9 iaitu cara untuk mencetak helaian kerja menggunakan mesin pencetak.
Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: