Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

6 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk menyelesaikan tugasan berdasarkan panduan yang diberi sehingga selesai.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan advokasi berkongsi secara berlebihan dimana peserta diminta untuk tidak berkongsi maklumat diri secara terbuka dalam sesebuah laman sosial. Mereka juga diminta untuk menetapkan privasi dalam laman web berkenaan untuk mengelakkan maklumat diri mereka terdedah kepada orang lain. Peserta juga diajar cara untuk melayari laman web Sebenarnya.my untuk memeriksa kesahihan maklumat atau berita yang diterima di media massa sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Mereka turut diajar cara menggunakan aplikasi Check Your Label untuk memeriksa kesahihan sesebuah peralatan elektronik yang digunakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali