Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan salah satu alatan yang dapat digunakan untuk membuat pelbagai kandungan visual atau kandungan website dan blog. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk menyelesaikan tugasan berdasarkan panduan yang diberi sehingga selesai.

Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan advokasi buli siber dimana mereka diingatkan untuk mengamalkan kawalan kendiri semasa dalam talian supaya tidak menjadi mangsa buli di alam siber. Mereka juga digalakkan untuk memeriksa kesahihan maklumat di media massa menggunakan laman sesawang Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali