Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

1 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Januari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 5 iaitu belajar cara membuat newspaper columns menggunakan ikon column, membentuk column menggunakan menu format, memasukkan border di peranggan menggunakan ikon borders dan memasukkan borders menggunakan menu format. Mereka juga diberi masa untuk membuat latihan yang berkaitan dengan topik berkenaan.

Selain itu, mereka juga diajar mengenai Topik 6 iaitu cara untuk memasukkan table ke dalam words. Mereka diterangkan cara untuk membentuk rangka table secara ikon dan mamaparkan garisan table secara menu.

Tambahan pula, para peserta kelas turut diterangkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa, punca dan kesan daripada pelupusan e-sisa yang tidak sistematik. Peserta turut dididik dengan online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar menggunakan gajet secara berhemah dengan pengawasan daripada ibubapa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali