Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

20 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Disember 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah dilaksanakan pada masa lepas dimana peserta diminta untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Selain itu, peserta juga telah diterangkan mengenai maksud maklumat palsu iaitu merupakan maklumat yang tidak mempunyai sumber jelas dan kerap diulang tayang. Mereka turut diterangkan tentang kesan dan cara-cara untuk mengatasi penyebaran maklumat palsu dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, peserta diminta untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita di media elektronik sama ada benar atau palsu di laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali