Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

19 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

PPada 18 Disember 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah membuka laman web Canva.com dan diminta untuk membuat kad jemputan (Invitation Card) Tahun Baru kepada rakan-rakan yang dikenali.

Peserta turut dijelaskan mengenai pengantunan dalam talian atau online grooming iaitu merupakan perbuatan memujuk atau mengumpan kanak-kanak melakukan aktiviti jenayah mengikut kehendak pengantun (pelaku) kanak-kanak. Peserta kelas diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan melaporkan kepada ibubapa atau pihak yang lebih dewasa sekiranya mempunyai keraguan terhadap rakan-rakan di alam maya.

Di samping itu, peserta juga digalakkan untuk memeriksa kesahihan sesebuah berita yang terdapat di media massa sama ada benar atau palsu dengan melayari laman sesawang Sebenarnya.my sebelum menyebarkan berita berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali