Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi
13 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 12 Disember 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.
Tambahan pula, peserta turut dididik dengan advokasi bertajuk identiti palsu dimana mereka dinasihatkan supaya berhati-hati semasa berkomunikasi dengan orang yang tidak atau baru dikenali dalam media sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan identiti pemangsa yang menggunakan identiti palsu. Peserta digalakkan untuk memeriksa kesahihan peralatan elektronik yang dibeli terutamanya telefon bimbit menggunakan aplikasi Check Your Label. Mereka juga diminta untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang diterima adalah benar atau palsu dengan melayari laman web Sebenarnya.my.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: