Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

23 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan salah satu alatan yang dapat digunakan untuk membuat pelbagai kandungan visual atau kandungan website dan blog. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah diajar beberapa langkah. Langkah pertama, mereka diminta menggunakan email atau menggunakan Facebook/Google untuk mendaftar akaun di Canva.com. Mereka diminta untuk memasukkan nama, username, website dan lokasi.

Langkah kedua, mereka telah diminta untuk memilih layout sendiri yang sedia ada untuk mempersembahkan hasil kerja. Langkah ketiga, peserta diajar membuat grafik seperti membuat Kad Ucapan Hari Lahir dan diajar cara mengedit teks agar sesuai dengan kandungan pembelajaran.

Selain itu, peserta juga dididik dengan advokasi agar tidak berkongsi maklumat peribadi secara berlebihan di media sosial untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan atau hendap siber. Mereka diminta untuk melayari laman web Sebenarnya.my untuk menentusahkan sesuatu maklumat yang diterima adalah benar atau palsu sebelum menyebarkannya kepada orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali