Kelas Multimedia – Video & Advokasi

22 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 November 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk merangsang kreativiti dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan media sosial.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan yang telah dibuat pada masa lepas sehingga selesai. Mereka digalakkan menggunakan kreativiti sendiri dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini untuk menghasilkan video yang lebih menarik berdasarkan panduan yang diberi.

Di samping itu, peserta turut dididik dengan maklumat palsu dimana mereka diminta untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang diterima adalah palsu atau benar melalui laman web Sebenarnya.my. Peserta digalakkan untuk menyemak butiran-butiran yang terdapat dalam berita berkenaan sebelum menyebarkan maklumat berkenaan. Mereka juga diajar cara untuk memuat turun aplikasi Check Your Label di telefon bimbit untuk memudahkan mereka menyemak kesahihan peralatan elektronik yang dibeli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali