Kelas Multimedia – Video & Advokasi

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia iaitu Video dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk membuat latihan dan meningkatkan kemahiran pengeditan video dalam kalangan peserta menggunakan Powtoon. Mereka turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas Video Powtoon yang telah diadakan pada masa lepas. Dalam kelas ini, peserta diminta untuk menyambung semula latihan yang telah dibuat pada masa lepas sehingga selesai. Mereka digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk membuatkan video berkenaan lebih menarik.

Tambahan pula, peserta turut dididik dengan advokasi bertajuk identiti palsu dimana mereka dinasihatkan supaya berhati-hati semasa berkomunikasi dengan orang yang tidak atau baru dikenali dalam media sosial supaya tidak menjadi mangsa penipuan identiti pemangsa yang menggunakan identiti palsu. Peserta digalakkan untuk memeriksa kesahihan peralatan elektronik yang dibeli terutamanya telefon bimbit menggunakan aplikasi Check Your Label. Mereka juga diminta untuk mengesahkan sesuatu maklumat yang diterima adalah benar atau palsu dengan melayari laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali