Kelas Microsoft Office – Excel & Advokasi

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Excel & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Excel dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 4 iaitu cara memasukkan formula dan menggunakan formula ke dalam data. Mereka turut diajar mengenai Topik 5 iaitu cara untuk memberikan corak pada tajuk field (mewarna) dan menentukan angka perpuluhan (decimal places) untuk data nombor. Mereka diminta untuk membuat latihan bagi setiap topik yang telah diterangkan untuk menambah pemahaman mengenai topik berkenaan.

Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah didedahkan dengan panggilan palsu iaitu cara untuk mengenalpasti panggilan palsu dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa panggilan palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali