Kelas Multimedia – Grafik dan Advokasi

12 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Disember 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Multimedia - grafik iaitu Canva.com dan advokasi. Kelas Canva.com ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan minat peserta membuat grafik menggunakan laman web grafik. Peserta juga turut dididik dengan keselamatan penggunaan internet dan media sosial.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuat kad ucapan Selamat Hari Krismas kepada keluarga dan rakan-rakan. Mereka diterangkan mengenai alatan-alatan yang terdapat dalam Canva.com memandangkan terdapat perbezaan pada setiap jenis template dalam laman web berkenaan.

Selain itu, peserta juga telah diterangkan mengenai advokasi ketagihan internet dimana mereka diingatkan supaya tidak membuang masa dengan melayari internet dengan terlalu kerap tanpa meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain. Mereka juga digalakkan untuk memeriksa kesahihan berita dengan melayari laman web Sebenarnya.my.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali