Kelas Microsoft Office – Words & Advokasi

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Februari 2020, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.

Dalam kelas ini, pelajar diajar tentang Topik 6 iaitu memaparkan garisan table secara ikon, menambahkan baris/lajur dan meletakkan formula yang sesuai di table sebagai kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada masa lepas. Mereka turut diberi masa untuk membuat latihan bagi memantapkan pemahaman mengenai topik ini.

Selain itu, mereka juga diajar mengenai Topik 7 iaitu header dan footer. Para peserta kelas diterangkan mengenai cara untuk mewujudkan header dan footer, memasukkan nombor halaman (page numbering) dan membuat perhentian tab. Peserta diminta untuk membuka halaman words yang baru untuk memasukkan header dan footer sebagai contoh supaya mereka lebih memahami topik tersebut.

Dalam kelas ini juga para peserta kelas turut didedahkan dengan Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka juga telah didedahkan dengan panggilan palsu iaitu cara untuk mengenalpasti panggilan palsu dan cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa panggilan palsu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali