Microsoft Office – Words & Advokasi
4 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 3 Ogos 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan penggunaan internet.
Pelajar diajar tentang Topik 6 iaitu cara untuk membentuk rangka table secara menu, membentuk rangka table secara ikon, memaparkan garisan table secara menu, memaparkan garisan table secara ikon, menambahkan baris/lajur pada table, dan meletakkan formula yang sesuai di bahagian formula. Pelajar turut diajar mengenai Topik 7 iaitu cara untuk mewujudkan dan menyunting header dan footer, memasukkan nombor halaman (page numbering) pada dokumen, dan membuat perhentian tab pada Penjuru Kiri Pembaris.
Tambahan pula, pelajar juga didedahkan dengan Klik Dengan Bijak iaitu sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet dalam kalangan masyarakat. Program KDB dapat mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat serta untuk menggalakkan masyarakat berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: