Program Ceramah Advokasi Di Rumah Panjang Wilson Bana anak Kamah
12 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mei 2019, Pusat Internet Melugu telah bekerjasama dengan Pusat Internet Engkilili dan Pusat Internet Lubok Antu untuk mengadakan Program Ceramah Advokasi bertempat di Rumah Panjang Wilson Bana anak Kamah, Po-Ai Dau, Sri Aman. Program ini berlangsung dengan dihadiri oleh penduduk di rumah panjang berkenaan.
Program Ceramah Advokasi ini bertujuan untuk mewujudkan rakyat digital yang berupaya menyumbang secara positif dalam persekitaran digital yang semakin mencabar. Program ini dimulai dengan sesi pendaftaran peserta, ucapan alu-aluan daripada Pengurus PI Melugu selaku wakil daripada 3 Pusat Internet, dan ucapan alu-aluan daripada TR Wilson Bana.
Pengurus PI Melugu telah menyampaikan ceramah beliau tentang pengenalan kepada Pusat Internet dan Panggilan Palsu atau Call Spoofing. Peserta program telah didedahkan tentang peranan dan fungsi Pusat Internet serta aktiviti/program yang diadakan di Pusat Internet. Mereka turut didedahkan dengan maksud panggilan palsu iaitu merupakan suatu bentuk penipuan dan penyalahgunaan teknologi dengan memanipulasi nombor talian telefon pengguna. Peserta diingatkan untuk mengenalpasti panggilan yang diterima adalah palsu sekiranya pemanggil meminta penerima panggilan membayar jumlah tertentu ke akaun bank, pernyataan adalah meragukan, pemanggil meminta maklumat peribadi penerima dan seterusnya mengugut penerima. Selain itu, peserta turut dijelaskan tentang tindakan-tindakan yang harus diambil sekiranya menerima panggilan palsu untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa panggilan palsu atau scammer.
Di samping itu, Pengurus PI Engkilili turut menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk Internet dan Media Sosial dimana beliau telah memberi pendedahan tentang statistik penggunaan internet di Malaysia, kesan ketagihan media sosial dan cara untuk mengatasi ketagihan media sosial terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Peserta turut diberi pendedahan tentang mobile e-waste dan cara untuk melupuskan mobile e-waste dengan betul.
Tambahan pula, Pengurus PI Lubok Antu turut dijemput untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk maklumat palsu. Peserta telah dijelaskan tentang maksud maklumat palsu, jenis maklumat palsu seperti gossip, khabar angin, spekulasi dan penipuan serta kesan penyebaran maklumat palsu dalam kalangan pengguna internet. Peserta program turut mengemukakan soalan kepada para penceramah supaya mereka dapat memahami ceramah yang telah disampaikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: