Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran (PKJ) – Sulaman Bunga Rose

2 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Ogos 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari bahagian kemahiran KEMAS Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran kraftangan dalam kalangan ibu-ibu dan juga menggalakkan mereka melibatkan diri dalam aktiviti keusahawanan yang diadakan.

Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah pengenalan kepada bahan-bahan asas yang digunakan untuk menyulam seperti ram, jarum pelbagai jenis, riben pelbagai saiz & warna, kain cotton corak plain, gunting, pensil dan benang. Staff KEMAS menunjukkan video sulam pita bagi pemula iaitu bentuk spider web rose untuk membolehkan peserta memahami corak yang akan disulam pada kain cotton. Beliau turut menunjukkan cara untuk menyulam bentuk batang dan daun bagi bunga rose yang telah siap disulam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali