Kelas Basic ICT – Introduction to email, Microsoft Office – Words & Advokasi
3 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 Ogos 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Basic ICT – Introduction to email, Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan jenis email dan alatan yang terdapat dalam email, melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan internet.
Pelajar diajar tentang Topik 3 iaitu cara menambah paragraph baru, menambah ayat, membetulkan kesalahan ejaan, mencari dan mengganti ayat serta menghapus (delete) teks yang telah siap ditaip. Mereka turut diajar tentang Topik 4 iaitu memotong dan menampal ayat, mengheret dan melepas teks, memformat teks, menukar attribute jenis fon yang digunakan, membentuk senarai berbulet dan menggunakan format/drop cap. Selain itu, pelajar turut diterangkan mengenai Topik 5 iaitu cara untuk mencetak dokumen (print), membuat newspaper columns menggunakan ikon column, membentuk column menggunakan menu format, memasukkan border di perenggan menggunakan ikon borders dan memasukkan borders menggunakan menu format. Mereka turut dikehendaki membuat latihan bagi setiap topik yang dipelajari untuk memantapkan pemahaman mereka tentang topik tersebut.
Dalam kelas ini juga pelajar diterangkan dengan segmen keselamatan internet yang merangkumi Check your label, e-sisa dan Klik dengan bijak. Pelajar digalakkan untuk mengenalpasti dan membeli peralatan elektronik yang mengandungi label MCMC sebagai pengesahan peralatan berkenaan selamat digunakan. Mereka juga diterangkan dengan maksud e-sisa dan cara untuk menangani e-sisa secara bijak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: