Kelas E-learning - WhatsApp Web dan Digital Literacy – Klik dengan bijak, E-waste & Check your label
10 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas e-learning iaitu WhatsApp Web dan advokasi. Kelas e-learning ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan pelajar mengenai aplikasi WhatsApp Web yang terdapat dalam telefon bimbit mereka, mengajar cara menggunakan WhatsApp Web dalam komputer atau laptop dan mendidik pelajar dengan advokasi. Dalam kelas ini, pelajar diberitahu bahawa aplikasi WhatsApp Web dapat diakses menggunakan browser seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan lain-lain lagi. Mereka juga diterangkan bahawa aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbit harus diaktifkan sebelum menggunakan WhatsApp Web.
Pelajar turut diminta untuk mengimbas (scan) QR code yang terdapat dalam WhatsApp Web untuk memudahkan sambungan whatsapp dari telefon masing-masing. Pelajar diajar cara untuk memuat turun gambar atau video yang terdapat dalam WhatsApp dan menyimpannya dalam folder atas nama masing-masing di komputer atau laptop. Pelajar diingatkan untuk log keluar dari WhatsApp Web sebelum menutup browser yang digunakan. Dalam segmen Check Your Label, peserta digalakkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan serta melalui label MCMC pada peralatan elektronik mereka.
Mereka juga telah diajar untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Mereka digalakkan untuk menghantar peralatan elektronik yang tidak digunakan lagi ke Pusat Internet Melugu supaya peralatan tersebut dapat dilupuskan dengan cara yang lebih selamat. Dalam segmen Klik Dengan Bijak, peserta ditekankan tentang maksud klik dengan bijak dimana mereka didedahkan dengan isu-isu semasa yang terjadi pada masa kini dan cara untuk melayari maklumat secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: