Kelas Keusahawanan Pendidikan Kemahiran (PKJ) – Sulaman Bunga Daisy

9 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Kelas Keusahawanan iaitu Pendidikan Kemahiran Jahitan (PKJ) bersama staff dari bahagian kemahiran KEMAS Sri Aman dengan menjemput kaum ibu-ibu yang terdapat di sekitar kawasan Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran kraftangan dalam kalangan peserta dan juga menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti keusahawanan yang diadakan. Aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut adalah menyulam bunga, batang dan daun bunga daisy. Teknik yang digunakan adalah ‘Japanese Stich’ bagi kelopak dan daun bunga, French knot bagi bahagian tengah bunga dan Fishbone bagi daun di bahagian pangkal batang bunga daisy.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali