Kelas Microsoft Office – Publisher

16 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Disember 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih peserta menggunakan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Publisher dan menguji kemahiran mereka menggunakan Microsoft Office Publisher. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada minggu lepas.

Peserta yang hadir telah membuka Publisher dimana mereka diterangkan dengan alatan-alatan yang terdapat dalam Publisher. Untuk kelas kali ini, mereka digalakkan untuk mencipta kad ucapan Selamat Hari Natal yang kedua menggunakan template kad ucapan iaitu 4 bahagian kertas bersaiz A4. Peserta diberi pilihan untuk memilih template yang digemari berdasarkan minat dan kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali