Kelas PC Hardware – PC Parts & components, Microsoft Office – Words & Advokasi

20 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Julai 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan komponen-komponen komputer, melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan internet.

Para pelajar didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci. Pelajar turut diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Words 2016. Mereka diterangkan cara untuk memulai word, mengenali skrin word seperti alatan jenis bar format, memasukkan teks, menaip dan menyimpan dokumen untuk memudahkan mereka membuat latihan menggunakan Microsoft Office Words.

Dalam kelas ini juga pelajar diterangkan dengan segmen keselamatan internet yang merangkumi Check your label, e-sisa dan Klik dengan bijak. Pelajar digalakkan untuk mengenalpasti dan membeli peralatan elektronik yang mengandungi label MCMC sebagai pengesahan peralatan berkenaan selamat digunakan. Mereka juga diterangkan dengan maksud e-sisa dan cara untuk menangani e-sisa secara bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali