Kelas PC Hardware – PC Parts & components, Microsoft Office – Words & Digital Literacy – Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Mac 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, Microsoft Office – Words & advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan komponen-komponen komputer, melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Words dan mendidik mereka mengenai keselamatan internet. Para pelajar didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci. Pelajar turut diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Words 2016. Mereka diajar cara membuat kad ucapan menggunakan alatan yang terdapat dalam Microsoft Office Words untuk membiasakan pelajar dalam penggunaan Microsoft Office Words.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka diajar cara untuk mengenalpasti peralatan elektronik khususnya telefon pintar yang mempunyai label MCMC atau tidak. Selain itu, peserta juga telah diterangkan mengenai peralatan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa serta menggalakkan mereka untuk menghantar e-sisa ke Pusat Internet Melugu supaya dapat dilupuskan dengan cara yang betul.

Di samping itu, peserta juga telah didedahkan dengan segmen Klik Dengan Bijak iaitu Online Grooming. Mereka diterangkan tentang maksud dan tujuan online grooming, taktik pemangsa serta simptom awal anak-anak yang mengalami gejala ini yang perlu ibu bapa /pelajar ketahui.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali