Mesyuarat AJK sempena Hari Terbuka Pusat Internet Melugu 2019 Digital Literacy - Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak

16 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Mesyuarat AJK PI Melugu dengan menjemput ketua-ketua Kampung Melugu. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan tarikh Program Hari Terbuka PI Melugu 2019 dan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada hari berkenaan. Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti sukaneka untuk pelbagai kategori, booth pameran, kraftangan serta gerai jualan makanan dan minuman. Selain itu, terdapat cadangan untuk menjemput Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mengadakan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk yang hadir. Pengurus PI Melugu turut menyatakan bahawa terdapat pertandingan ICT dan ceramah advokasi kepada peserta program itu nanti.

Dalam segmen advokasi, para ketua kampung telah didedahkan supaya membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Mereka juga diajar untuk mengenalpasti label MCMC dengan menggunakan aplikasi mudah alih Check Your Label atau melalui laman web yang disediakan. Mereka juga telah didedahkan untuk mengenalpasti peralatan elektrik dan elektronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste). Para ketua kampung turut digalakkan untuk menghantar peralatan elektronik yang tidak digunakan lagi ke PI Melugu serta menyebarkannya kepada komuniti setempat.

Dalam segmen Klik Dengan Bijak iaitu pengawasan kanak-kanak dalam talian, para peserta telah didedahkan dengan pengawasan anak-anak di internet dan risiko internet terhadap kanak-kanak. Mereka turut didedahkan dengan perisian kawalan yang memudahkan para ibubapa memantau aktiviti internet anak-anak mereka samaada secara berbayar atau percuma.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali