Program Bersama Komuniti : Hari Terbuka Pusat Internet Melugu 2019

18 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Ogos 2019 (Sabtu) yang lalu, Pusat Internet Melugu telah mengadakan Program Hari Terbuka PI Melugu. Program tersebut berlangsung di Bilik Latihan PI Melugu dan perkarangan PI Melugu. Program ini berlangsung dengan kehadiran kira-kira seramai 113 orang pengunjung termasuk peserta yang mendaftar untuk menyertai pertandingan anjuran pihak PI Melugu.

Program Hari Terbuka PI Melugu dihadiri oleh Kaunselor TR Moses Tait anak Libok, Ketua-ketua Kampung Melugu dan penduduk di sekitar PI Melugu. Tambahan pula, terdapat urusetia-urusetia yang turut bertugas bagi memastikan kelancaran program berkenaan. Program Hari Terbuka PI Melugu ini diadakan bertujuan untuk mempromosi PI kepada orang ramai serta untuk mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dengan PI Melugu. Selain itu, program ini juga untuk mendekatkan penduduk kampung dengan PI Melugu melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam jangka pendek dan panjang.

Pelbagai jenis aktiviti dan pertandingan dijalankan sepanjang program tersebut yang melibatkan komuniti. Pihak PI Melugu telah mengadakan Pertandingan Mewarna Online kepada pelajar tadika, Pertandingan Explorace KDB kepada pelajar sekolah rendah, Pertandingan Microsoft Publisher kepada pelajar sekolah menengah, Pertandingan Swafoto (terbuka) dan Pertandingan Pameran Kraftangan Usahawan PI Melugu. Pada masa yang sama, pertandingan sukaneka seperti Makan Biskut, Makan Telur, Memancing Botol Minuman, Dart dan Menyumpit turut diadakan.

Selain itu, terdapat kaunter pendaftaran seperti daftar kehadiran, daftar keahlian percuma, daftar kelas ICT, keusahawanan, advokasi dan e-kelas, pembelian tiket cabutan bertuah dan sponsor song turut diadakan. Majlis diserikan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku, bacaan doa, ucapan alu-aluan oleh TR Wilson Bana anak Kamah, penyampaian hadiah, penyampaian anugerah dan cabutan bertuah serta jamuan makanan kepada AJK yang terlibat. Terdapat juga beberapa golongan usahawan yang menjual makanan dan minuman sepanjang berlangsungnya Program Hari Terbuka PI Melugu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali