Mesyuarat & Program Advokasi AJK PI Melugu

3 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan mesyuarat dan program advokasi bersama AJK PI Melugu. Dalam mesyuarat ini, para ketua kampung telah dibentangkan mengenai aktiviti yang telah diadakan di PI Melugu sepanjang tahun 2017 & 2018. Selain itu, pembincangan mengenai aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun 2019 juga turut diadakan. Para ketua kampung digalakkan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka mengenai perancangan aktiviti lain yang akan dijalankan dalam tahun 2019 selain aktiviti yang telah dinyatakan. Tambahan pula, Pengurus PI Melugu turut meminta cadangan tarikh untuk mengadakan Program Hari Terbuka PI Melugu bagi tahun 2019.

Di samping itu, para ketua kampung juga didedahkan dengan ekelas dan segmen advokasi dimana mereka digalakkan untuk memberitahu penduduk di bawah pimpinan mereka mengenai ekelas dan didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini. Mereka digalakkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) serta sentiasa memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Para ketua kampung juga diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label. Mereka turut didedahkan dengan maklumat mengenai mobile e-waste iaitu cara untuk mengenalpasti peralatan eletronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali