Mesyuarat & Program Advokasi AJK PI Melugu

26 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Ogos 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan mesyuarat dan program advokasi bersama AJK PI Melugu yang terdiri daripada ketua-ketua kempung Melugu. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada ketua-ketua kampung mengenai Program Hari Terbuka PI Melugu yang telah diadakan pada 17 Ogos 2019 serta untuk mempromosikan MyTV/MyFreeview kepada ketua-ketua kampung dengan memberikan flyers untuk diedarkan kepada penduduk sekitar.

Para ketua kampung telah diterangkan mengenai MyTV/MyFeeview iaitu merupakan siaran digital percuma di Malaysia. TV digital percuma dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat seperti kualiti audio-visual terbaik, lebih banyak saluran TV, mempunyai akses kepada EPG dan sarikata dalam pelbagai Bahasa dengan tontonan TV dalam kualiti HD.

Di samping itu, para ketua kampung juga didedahkan dengan advokasi dimana mereka didedahkan dengan isu-isu semasa berkaitan dengan teknologi dan komunikasi pada masa kini. Mereka digalakkan untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online) serta sentiasa memantau penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak. Para ketua kampung juga diajar cara untuk memeriksa kesahihan sesebuah peranti elektronik melalui segmen Check Your Label. Mereka turut didedahkan dengan maklumat mengenai mobile e-waste iaitu cara untuk mengenalpasti peralatan eletronik yang dapat dikategorikan sebagai e-sisa (e-waste).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali