Kelas PC Hardware – PC Parts & Components, Microsoft Office – Publisher & Digital Literacy – Check Your Label, E-waste & Klik Dengan Bijak

9 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas PC Hardware iaitu PC parts & components, Microsoft Office – Publisher dan advokasi. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan komponen-komponen komputer, melatih pelajar menggunakan Microsoft Office Publisher dan mendidik mereka mengenai keselamatan internet. Dalam kelas kali ini, para pelajar didedahkan kepada komponen-komponen komputer dan fungsinya seperti monitor, skrin komputer, tetikus dan papan kekunci sebagai ulangkaji terhadap kelas yang telah diadakan pada masa lepas.

Peserta turut diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Publisher 2016. Mereka diterangkan terhadap jenis-jenis dan kegunaan format penerbitan yang berbeza dalam Microsoft Office Publisher. Peserta digalakkan untuk membuat kad ucapan kepada rakan-rakan mereka menggunakan format kad ucapan (greeting cards) mengikut kekreatifan masing-masing.

Dalam kelas ini juga para peserta telah digalakkan untuk membeli peralatan komunikasi yang mempunyai label MCMC sebagai pengesahan peralatan tersebut telah diperakukan mengikut standard-standard yang ditetapkan. Selain itu, pelajar turut dididik dengan segmen Klik Dengan Bijak untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet khususnya pelajar supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk mereka melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali