Kelas Microsoft Office – Publisher dan Advokasi

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office iaitu Publisher dan advokasi kepada ahli-ahli PI Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih dan mengajar peserta menggunakan Microsoft Publisher dan mendidik mereka dengan keselamatan penggunaan internet. Peserta yang hadir telah membuka Publisher dimana mereka diterangkan dengan alatan-alatan yang terdapat dalam Publisher. Publisher adalah berbeza dengan Words dan Powerpoint yang telah dipelajari selama ini kerana ia mempunyai pelbagai template yang berfungsi untuk penerbitan majalah, brosur, kad ucapan dan lain-lain lagi. Untuk kelas kali ini, mereka digalakkan untuk mencipta kad jemputan ke Majlis Hari Jadi menggunakan template kad jemputan iaitu 3 bahagian kertas dan menu menggunakan template catalog iaitu 2 bahagian kertas bersaiz A4.

Selain itu, para peserta telah didedahkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Dalam segmen e-waste (e-sisa) pula, para peserta telah didedahkan dengan pengetahuan tentang apa itu e-sisa dan diberitahu cara-cara untuk menguruskan e-sisa dengan betul. Peserta kelas juga didedahkan dengan advokasi Klik Dengan Bijak iaitu terlebih kongsi maklumat atau oversharing. Peserta diterangkan tentang maksud ‘oversharing’, risiko, dan langkah menangani sikap ‘overshare’ dalam penggunaan media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali