Kelas Microsoft Office – Powerpoint & Advokasi

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2019, Pusat Internet Melugu telah mengadakan kelas Microsoft Office – Powerpoint. Kelas ini diadakan bertujuan untuk melatih pelajar menggunakan Microsoft Powerpoint dan merangsang pemikiran kreatif dalam menghasilkan sesuatu persembahan kerja sekolah. Dalam kelas ini, pelajar diajar langkah demi langkah untuk membuka Microsoft Office Powerpoint 2016. Mereka diperkenalkan dengan alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint.

Langkah kedua, mereka diminta untuk memilih template untuk mencipta slide berkenaan dengan biodata diri lalu menggunakan peralatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint untuk mengedit supaya dapat menghasilkan suatu persembahan biodata yang menarik. Mereka turut digalakkan untuk mencipta persembahan baru, menambah slide, mempelajari kaedah mendua (duplicate slide), delete atau membuang slide serta menambah elemen teks dalam slide.

Selain itu, para pelajar juga diterangkan dengan slide Check Your Label dimana mereka digalakkan untuk memastikan bahawa peralatan elektronik yang dibeli mempunyai label MCMC/SKMM sebagai pengesahan bahawa alat-alat tersebut telah diperakui mengikut standarad-standard yang ditetapkan. Mereka turut didedahkan dengan pengetahuan tentang e-sisa. Peserta turut dididik dengan slide mengenai online grooming untuk memberi kesedaran kepada mereka agar berwaspada ketika menggunakan internet terutamanya berhubung dengan rakan yang tidak dikenali di dunia maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali